P A K U B A T U

Tidak bohonglah hati tentang apa yang di lihatnya (An-Najm-11)

Tidak bohonglah hati tentang apa yang di lihatnya (An-Najm:11)

Followers

Showing posts with label Salam perkenalan. Show all posts
Showing posts with label Salam perkenalan. Show all posts

Wednesday, September 12, 2007

Salam perkenalan

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak.

Cepat sungguh masa berlalu.tip.tab,tup,tab dah sekali lagi kita berpuasa alhamdullilah bagi kita yang berkesempatan menyambutnya Ramadhan Mubarak ini, patutnya kita panjatkan syukur yang amat banyak kepada sang penciptanya iaitu Allah swt.Inilah bulan dimana kita dapat bertaubat di atas kesalahan,kelemahan dan kelalaian kita kepada Allah swt. dimana bulan yang mulia ini dilipat berkali-kali ganda daripada bulan-bulan yang lain oleh itu janganlah kita leka dibulan yang hanya datang sebulan dalam setahun dan kesempatan yang kita masih bernyawa untuk berpuasa untuk tahun ini manalah tahu mungkin ini Ramadhan yang akhir buat kita,sebab itulah kita jangan lepaskan peluang ini yang Allah ta'ala kurniakan kepada kita dengan sebaik mungkin,insyaallah dipermudahkan olehnya ,Amin.
Apa yang lebih penting puasa ini adalah milik Allah dimana Allah yang akan bemberikan markah kepada baik buruknya amalan puasa kita ini tidak sebagaimana amal-amal baik kita yang lain, di mana jika kita lakukan kebaikan kita mendapat haknya.Dalam hadith qudsi Allahsubahataala berfirman:
"Setiap amalan anak adam itu adalah haknya sendiri kecuali puasa, kerana puasa adalah milik Allah kerana Allah yang akan menilai dan memberikan ganjaran puasa itu dan puasa itu adalah penolong bagi kamu.'' (Hadith sahih riwayat Bukhari no.1904 dan Hadith Muslim no.1151)

Maka itu kita tetapkan azam kita dan mantapkan keimanan kita kearah wawasan akhirat kita nanti dan jadilah orang-orang yang beruntung dan jangan melepaskan peluang berpuasa Ramadhan ini yang kita masih ada kesempatan untuk menyambut kemanisan Ramadhan Mubarak ini.
Amin, amin,amin.

Tuesday, September 11, 2007

Selamat Datang ke pakubatu.

wed12 2007.

Assalamualaikum ini adalah laman peribadi saya,yang mana saya akan berkongsi idea dalam hal-hal kemanusiaan dengan anda,tak kiralah apa-apa saja,cerita-ceriti,amal makruf nahi mungkar,makan-makan,rawatan cara islam dan ada banyak lagi,tunggu kemunculan pakubatu dialam maya.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.