P A K U B A T U

Tidak bohonglah hati tentang apa yang di lihatnya (An-Najm-11)

Tidak bohonglah hati tentang apa yang di lihatnya (An-Najm:11)

Followers

Monday, November 12, 2007

Haramnya Mengumpat dan Suruhan Menjaga Lidah

Berkata Imam Nawawi r.a. : Ketahuilah, sepatutnya setiap mukallaf mesti menjaga lidahnya daripada bercakap melainkan percakapan yang boleh mendatangkan kebaikan.

Dan bila sesuatu pecakapan itu adalah sama maslahahnya diantara menuturkannya atau tidak, maka yang lebih baik ialah tidak menuturkannya. Ini kerana percakapan yang harus kekadang boleh membawa kepada yang haram atau makruh. Dan ini biasa sahaja terjadi. Dan selamat tidak boleh dibanding dengan apa-apa pun.

1- Firman Allah s.w.t: Dan janganlah sebahagian kamu mengumpati sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka sudah tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.

[ Surah al-Hujuraat ayat 12 ]

2- Firman Allah s.w.t.: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak tahu tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan disoal (diminta pertanngung jawaban).

[ Surah al-Isra’ ayat 36 ]

3- Firman Allah s.w.t.: Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang sentiasa hadir (Raqib Atid).

[ Surah Qaaf ayat 18 ]

 blog it

No comments: