Ini ada cerita tentang Dzabab dalam bahasa arab atau bahasa melayu lalat,sedikit sangat kita dengar perihal lalat,biasanya eee.... lalat,jelik juga mendengar.
Para tabib hanya sedikit berbicara tentang makluk yang bernama lalat,selain bahawa lalat sangat berguna jika digosokkan pada sengatan kalajengking,dan bahawa kelopak mata yang bengkak dapat disembuhkan dengan mengosokkan dengan lalat.
Rasulullah s.a.w. bersabda,''Jika seekor lalat jatuh kedalam tempat minum salah seorang diantaramu,maka lebih dahulu benamkanlah ia didalamnya,kemudian buanglah,sebab sesungguhnya salah satu sayapnya membawa penyakit dan lainnya membawa ubat atau penawarnya.''
Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim.Al-Bukhari mengatakan,''Jika seekor lalat jatuh kedalam wadah seseorang,hendaklah ia menutup wadah itu.''
Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Abu Daud,racun lalat ada pada sayap depannya,dan ubat penawarnya ada pada kedua sayap belakangnya.Al-Khattabi telah menuturkan bahawa sebahagian orang yang tidak simpati kepada dirinya membantah hadith ini dengan kata-kata:
'' Bagaimana mungkin penyakit dan ubat sekali gus ada pada sayap-sayap seekor lalat? Dan bagaimana anda tahu bahawa penyakitnya ada disayap depan dan ubatnya disayap belakang?''
Dia menjawab,''Ini adalah pertanyaan-pertanyaan seseorang yang bodoh,atau yang mendekati bodoh.Sebab sesungguhnya ,Dia yang memperbaharui jiwa yang sama-sama dimiliki oleh semua makluk,telah memberinya sifat pertengahan antara panas dan sejuk,basah dan kering.Sifat-sifat ini saling bertentangan.Dan jika Allah mampu menciptakan ribuan kombinasi sifat-sifat,maka pastilah tidak dapat diingkari bahawa Dia telah menempatkan racun dan penawarnya di tubuh pelbagai makluk.Ambillah misal seekor lebah.Allah telah mengilhamkan kepadanya agar membangunkan rumahnya dari lilin dan membuat madu di dalamnya. Begitu juga ,Dia telah mengilhamkan kepada burung sikudidi (snipe)agar menyimpan tenaganya hingga di perlukan.Dialah yang telah menciptakan lalat,memberinya anugerah sayap depan dan sayap belakang.Dan menurut pendapat saya dalam segala sesuatu terdapat bukti tentang keesaan Allah''.
Beberapa orang tabib telah menulis bahawa lalat yang dikenali dengan sebutan lalat sepanyol memiliki racun di satu sayap dan ubat penawarnya di sayap lain.
Renung-renungkanlah.
P A K U B A T U
Tidak bohonglah hati tentang apa yang di lihatnya (An-Najm-11)
Tidak bohonglah hati tentang apa yang di lihatnya (An-Najm:11)
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment